09 May 2010

Jasa ayah.. Kasihmu ku junjung..

2005...

Tahun terakhir aku bersama arwah ayah...

Walaupun aku telah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata..tetapi hubunganku bersama arwah ayah tetap rapat. Bagi ku dia bukanlah sekadar seorang ayah malah kawan..sahabat, guru dan segalanya. Dengannya aku boleh berbincang segalanya.. dari masalah kerja.. sehinggalah kepada kehidupan.  

Dari hari ke hari aku merasakan bahawa ada kelainan pada tingkahnya. namun semua itu ku pendam dalam hati.  Sehinggalah tiba pada Ramadhan. Tidak pernah sekiranya ke pasar ramadhan ..memborong makanan dengan begitu banyak. dan selama ini dia tidak pernah merungut. Namun pada ramadhan kali ini... untuk ke Pasar Ramadhan.. dia akan menunggu aku pulang dari kerja.. katanya.. dia terlalu letih dan risau hendak melintas jalan. Aku akur..mungki kerana usianya yang telah mencecah 80 tahun.  Dari saat itu..aku sudah merasa seolah -olah dia bukan lagi ayahku yang dulu...

Syawal 2005.

Pada pagi Syawal.. kebiasaannya dia akan tenang untuk ke Masjid bagi mengimamkan solat hari raya.. namun pada pagi itu.. dia begitu gelabah.. katanya ada yang hilang..dan tidak ingat dimana diletakkan... Ya..Allah.

Saat - saat terakhir...

Aku sering berhujah..berbincang dengannya.. tanpa itu..aku berasa kekosongan dan kesunyian yang teramat sangat.. dia umpama pelita yang menerangi hidupku..

Sehari....sebelum.

Katanya.. jika esok dia meninggalkan aku..bermakna aku telah boleh hidup sendiri.. menghadapi segala kemelut hidup ini tanpa bimbingan dari nya. aku hanya diam..dan aku mendengar lagi..

Usia yang panjang ini .. adalah usia subsidi buat menemani diriku..dan melihat diriku agar aku mampu untuk tegak berdiri apabila dia tiada kelak. 

Katanya lagi..dari kecil dia mendidik sehinggalah aku berumahtangga.. dan selepas ini dia tidak ada lagi untuk mendengar dan membimbing...aku perlu berdikari.. dan tabah menghdapi dunia ini tanpa dirinya... Dia telah serahkan aku kepada seorang lelaki yang bergelar suami..yang mampu menjaga aku dan Ibuku.. apabila dia tiada.

Aku mendengar bicara itu tanpa suara. namun aku menganggap itu adalah pesanan dan tazkirah biasa ..seperti yang selalu dia lakukan apabila berkesempatan.


Sesungguhnya... betullah katanya..aku dan dia mempunyai hubungan naluri yang amat kuat.. selepas sahaja dia selesai berbicara denganku... dia meminta agar aku menghidangkan makanan dan teh tarik.  seperti biasa aku akan menemaninya makan. sambil makan ..tiba - tiba dia jadi lemah..dan aku.. terus menaggil abangku yang berada di depan rumah.  Sayangnya.. ayahku telah tidak lagi boleh bersuara...


Selama sepuluh hari berada di hospital..akhirnya doktor memberitahu bahawa dia tidak dapat diselamatkan lagi.. hanya menunggu saat kematian.  Aku tidak ingin berputus asa.. dan mohon kepada doktor agar terus berusaha sehingga saat terakhir.

Aku masih ingat..saat aku membaca surah yassin.. dia mengenggam tanganku dengan kuat.. . kerana itu adalah pesannya.. dan kerana itulah dia mengajar aku membaca al -quran.   saat dia menggenggam tangan ku... aku telah merasakan ..bahawa itu adalah saat terakhir..aku akan melihat dan berada di sampingnya..Selepas itu..aku membawa Ibuku pulang ke rumah.

Cahaya...dan wangian semerbak.

Lebih kurang jam 3pagi.., abang ku menelefon dari hospital menyatakan bahawa ayah telah meninggalkan aku..aku terima dengan hati yang tabah..tanpa setitik air mata. kerana itu pesan ayah...

namun sebelum itu... dalam tidur ..ayah telah datang kepadaku.. dikelilingi oleh cahaya..berseri wajah ayah. tersenyum memandangku. begitu juga dengan ruang tidurku.. diterangi oleh cahaya yang mengelilingi ayah.. YA .TUHAN.. semuanya anugerah dari MU.

Aku tidak pernah menduga bahawa gerak hati ku adalah benar belaka....dan kini tinggallah aku...hidup di dalam teratak kasih...bersama  pesanan dan ilmu yang telah dia tinggalkan...







No comments:

Post a Comment