05 July 2010

Anugerah Khidmat cemerlang

Tahniah kat hubby coz dapat anugerah khidmat cemerlang buat kali ke dua. 
hmmm... dah dua kali dapat anugerah khidmat cemerlang. tapi..interview tetap tak nak masuk jugak. Ntah .. macammana aku nak motivate lagi. 

Tapi nak buat camna  dah dia memang tak nak masuk interview.. ha..ha.. nak kata tak dak motivasi .. dia lah yang selalu bagi peransang dan semangat kat aku..,

Anyway.., tak kisahlah....., aku terima dia dengan cara dia.. dah dia tak nak ..takkan nak paksa pulak. 
bagi aku dia adalah seorang suami yang terbaik antara yang terbaik... Terima kasih TUHAN. 

06 June 2010

KERJA...KERJA

06/06/2010

Esok aku mula kerja setelah bercuti selama hampir satu minggu. Kalau ikut hati aku tak ndak masuk kerja lagi. tapi memandangkan tanggungjawab dan cuti rehat yang tinggal beberapa hari lagi.. aku terpaksa juga masuk bertugas.

Ntah macammana hal nya kat pejabat.. banyak kerja yang aku tinggal. Kesian dekat kawan - kawan yang dok cover kerja aku..

03 June 2010

MALANG TIDAK BERBAU

28/05/2010

Alahai.. suamiku tercedera sewaktu beriadah di tempat kerja. Cedera di pergelangan tangan .  

Aku menjadi penghuni hospital Seb.Jaya selama dua malam 3 hari menemankan suamiku.

TANGAN KIDAL

suamiku adalah kidal. dan tangan yang cedera  tu pun adalah kidal. kesian dia.... gelisah tidak menentu sewaktu di wad. apa tidaknya bimbang tidak akan normal seperti biasa.

apatah lagi suamiku  aktiviti selain waktu kerja adalah bersukan. so apabila tangan kiri tidak boleh digunakan ..ntah la bagaimana perasaannya. walaupun aku faham bagaimana perasaan suamiku.. namun dia yang merasa... 



09 May 2010

TERIMA KASIH..ABANG. ...

November 2007

Selepas ketiadaan ayah..aku merasakan bahawa hidupku tidak bermakna lagi.. aku sunyi.... walau suamiku ada di sisi.... Aku berasa kehilangan yang teramat sangat. namun aku terpaksa..menunjukkan yang aku tabah..demi seorang ibu...

pada ketika itu.. ibuku seolah patah semangat.. dan mendapat gejala kemurungan. sehinggalah hampir setahun... . Ketabahanku akhirmya teruji..dan semangat ku berkecai... dalam usaha menjaga dan memulihkan semangat ibuku.. aku mengenepikan segala rasa hati dan perasaan kesayuan dan kesunyian dalam diriku. 

Akhirnya aku jatuh sakit.. dan pakar menyatakan bahawa...mungkin boleh membawa kepada kematian.  dan aku pasrah.  Sebolehnya.. aku tidak mahu memulihkan diri.. ingin aku biarkan sahaja diriku... setakat aku mampu bertahan.  namun ini hanyalah antara aku dan suamiku... ibu tidak boleh tahu...

Sesungguhnya.. benar kata arwah ayah.. di saat aku berada dalam kesakitan yang amat sangat.. suamiku tidak pernah meninggalkan aku..walau seketika.. tidak pernah jemu memberiku  semangat.  sentiasa cuba membantu dalam apa jua keadaan...

selama hampir satu tahun..aku menempuh dugaan ini.. dan selama itulah dia bersabar dengan kerenah ku. dia cuba menjadi yang terbaik buat diriku.. Aku tahu... aku perlu menerima hakikat yang ayah telah tiada.. dan tuhan telah mengambil sesuatu dari ku.. dan menggantikan dengan sesuatu.

2010..

Kini telah.. hampir lima tahun  arwah ayah meninggalkan aku. segala amanahnya telah ku laksanakan dengan nasihat dan bantuan suamiku. Dan Alhamdulillah ibu ku juga telah pulih dari kemurungan. suamiku banyak membantu aku dan ibu..

Yang perlu kini..adalah membuat ibuku gembira di usia emas ini. janganlah hendaknya ada sesuatu yang akan menggugat semangat ibu.  saat ini aku dan ibu telah mampu berbicara mengenai arwah ayah dengan tenang...Ingatan tetap ingatan.. kenangan tetap kenangan. Hidup mesti diteruskan...

Abang..
Terima kasih.. kerana menemaniku
di saat susah dan senang..
menangis ..di saat aku menangis..
berkongsi suka duka..
memahami...
 di saat aku berada dalam kekeliruan

Di saat aku umpama mayat hidup..
tanpa perasaan..
umpama...jasad tanpa jiwa
engkau setia di sisi..
memberi ku semangat..
mendoakan diriku..
mengalirkan airmata disetiap sujudmu..

Sungguh dugaan ini
sebenarnya buat kita berdua.
engkau dan aku..

Terima kasih suamiku...






Jasa ayah.. Kasihmu ku junjung..

2005...

Tahun terakhir aku bersama arwah ayah...

Walaupun aku telah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata..tetapi hubunganku bersama arwah ayah tetap rapat. Bagi ku dia bukanlah sekadar seorang ayah malah kawan..sahabat, guru dan segalanya. Dengannya aku boleh berbincang segalanya.. dari masalah kerja.. sehinggalah kepada kehidupan.  

Dari hari ke hari aku merasakan bahawa ada kelainan pada tingkahnya. namun semua itu ku pendam dalam hati.  Sehinggalah tiba pada Ramadhan. Tidak pernah sekiranya ke pasar ramadhan ..memborong makanan dengan begitu banyak. dan selama ini dia tidak pernah merungut. Namun pada ramadhan kali ini... untuk ke Pasar Ramadhan.. dia akan menunggu aku pulang dari kerja.. katanya.. dia terlalu letih dan risau hendak melintas jalan. Aku akur..mungki kerana usianya yang telah mencecah 80 tahun.  Dari saat itu..aku sudah merasa seolah -olah dia bukan lagi ayahku yang dulu...

Syawal 2005.

Pada pagi Syawal.. kebiasaannya dia akan tenang untuk ke Masjid bagi mengimamkan solat hari raya.. namun pada pagi itu.. dia begitu gelabah.. katanya ada yang hilang..dan tidak ingat dimana diletakkan... Ya..Allah.

Saat - saat terakhir...

Aku sering berhujah..berbincang dengannya.. tanpa itu..aku berasa kekosongan dan kesunyian yang teramat sangat.. dia umpama pelita yang menerangi hidupku..

Sehari....sebelum.

Katanya.. jika esok dia meninggalkan aku..bermakna aku telah boleh hidup sendiri.. menghadapi segala kemelut hidup ini tanpa bimbingan dari nya. aku hanya diam..dan aku mendengar lagi..

Usia yang panjang ini .. adalah usia subsidi buat menemani diriku..dan melihat diriku agar aku mampu untuk tegak berdiri apabila dia tiada kelak. 

Katanya lagi..dari kecil dia mendidik sehinggalah aku berumahtangga.. dan selepas ini dia tidak ada lagi untuk mendengar dan membimbing...aku perlu berdikari.. dan tabah menghdapi dunia ini tanpa dirinya... Dia telah serahkan aku kepada seorang lelaki yang bergelar suami..yang mampu menjaga aku dan Ibuku.. apabila dia tiada.

Aku mendengar bicara itu tanpa suara. namun aku menganggap itu adalah pesanan dan tazkirah biasa ..seperti yang selalu dia lakukan apabila berkesempatan.


Sesungguhnya... betullah katanya..aku dan dia mempunyai hubungan naluri yang amat kuat.. selepas sahaja dia selesai berbicara denganku... dia meminta agar aku menghidangkan makanan dan teh tarik.  seperti biasa aku akan menemaninya makan. sambil makan ..tiba - tiba dia jadi lemah..dan aku.. terus menaggil abangku yang berada di depan rumah.  Sayangnya.. ayahku telah tidak lagi boleh bersuara...


Selama sepuluh hari berada di hospital..akhirnya doktor memberitahu bahawa dia tidak dapat diselamatkan lagi.. hanya menunggu saat kematian.  Aku tidak ingin berputus asa.. dan mohon kepada doktor agar terus berusaha sehingga saat terakhir.

Aku masih ingat..saat aku membaca surah yassin.. dia mengenggam tanganku dengan kuat.. . kerana itu adalah pesannya.. dan kerana itulah dia mengajar aku membaca al -quran.   saat dia menggenggam tangan ku... aku telah merasakan ..bahawa itu adalah saat terakhir..aku akan melihat dan berada di sampingnya..Selepas itu..aku membawa Ibuku pulang ke rumah.

Cahaya...dan wangian semerbak.

Lebih kurang jam 3pagi.., abang ku menelefon dari hospital menyatakan bahawa ayah telah meninggalkan aku..aku terima dengan hati yang tabah..tanpa setitik air mata. kerana itu pesan ayah...

namun sebelum itu... dalam tidur ..ayah telah datang kepadaku.. dikelilingi oleh cahaya..berseri wajah ayah. tersenyum memandangku. begitu juga dengan ruang tidurku.. diterangi oleh cahaya yang mengelilingi ayah.. YA .TUHAN.. semuanya anugerah dari MU.

Aku tidak pernah menduga bahawa gerak hati ku adalah benar belaka....dan kini tinggallah aku...hidup di dalam teratak kasih...bersama  pesanan dan ilmu yang telah dia tinggalkan...







29 April 2010

sikap

Kekadang aku bertanya kepada diri.. sikap yang sebagaimanakah yang harus ditonjolkan untuk memenuhi kehendak hati semua orang.  Apakah yang sebenarnya di inginkan oleh orang sekeliling....? Sukarnya untuk memenuhi kehendak hati semua orang.

Apa yang pasti , kita tidak akan  mampu untuk memuaskan hati semua orang.  Adakalanya di  depan kita mulut manis bagaikan gula.. tetapi disebalik itu.. lain pula bicara.   Di dalam situasi sebegini, yang termampu dilakukan adalah bersikap positif.  Terimalah kritikan sebagai alat untuk mempertingkatkan jati diri. 

Mungkin disebabkan hal sebeginilah timbulnya ungkapan yang mengatakan di dalam kawan terkadangnya ada lawan. justeru itu, kita perlu berhati - hati dalam menilai gelagat persekitaran. 




25 April 2010

KOLEKSI NOVEL....

















1) Dua buah novel ...dari genre yang berbeza...
( Dari Prima & Must Read )



2) Novel Alaf 21 & CESB..

3) Novel Norhayati Berahim...